Tuesday, September 7, 2010

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-53

31 Ogos 1957 adalah satu tarikh yang menjadi sejarah bagi semua rakyat Malaysia. Bendera Malaysia dinaikkan dan menjadi lambang kebanggaan bagi semua rakyat yang bernaung di bawah bumbung yang sama, Malaysia. 

Tidak ketinggalan bagi Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kluang, meraikan Hari Kemerdekaan bagi setiap tahun sebagai satu acara yang diwajibkan bagi mengenang pejuang-pejuang kemerdekaan untuk hidup aman damai, sejahtera dan harmoni. 
Seragam biru menjadi pilihan PPAD pada tahun ini. Mengambil warna dari Bendera Malaysia; Jalur Gemilang, menunjukkan lagi semangat anggota PPAD untuk menyambut hari kemerdekaan yang ke-53. Semoga dengan adanya program seperti ini dapat memberi kesedaran untuk lebih mencintai negara kita, Malaysia.

Wednesday, August 25, 2010

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Bertempat di Dewan Seminar, Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kluang berlangsungnya Majlis Khatam Al-Quran pada Hari Ahad, 22 Ogos 2010. Seramai 500 orang ustaz dan ustazah seluruh daerah Kluang, pembantu tadbir serta anggota Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kluang hadir untuk bersama-sama dalam memeriahkan lagi bulan yang penuh barakah ini. Majlis Khatam Al-Quran ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari.

Program diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada guru-guru agama yang kurang bernasib baik, antaranya kematian ayahanda serta bonda tercinta.
Dengan adanya penganjuran aktiviti seperti ini, diharapkan agar silaturrahim yang terjalin antara anggota PPAD serta guru-guru di Sekolah Agama utuh di bawah satu bumbung yang sama.



MESYUARAT GURU-GURU BESAR SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA BERSAMA PPAD

Mesyuarat ini dianjurkan untuk perbincangan atas permasalahan yang timbul di sekolah-sekolah Agama Daerah Kluang. Seramai 48 Guru-guru Besar Sekolah Agama turut serta dalam mesyuarat ini. Diadakan pada 10/8/2010 bersamaan hari Selasa, bermula pada jam 8.30 pagi dengan Solat Hajat dan mesyuarat bermula pada jam 10.00 pagi.


 Dengan adanya mesyuarat sebegini permasalahan yang timbul dapat segera dibincangkan dan seterusnya dapat diselesaikan dengan kadar segera. Semua anggota Pejabat Pendidikan Daerah Kluang termasuk anggota Pentadbiran PPAD turut bermesyuarat. Mesyuarat berakhir jam 3.00 petang.

TAKLIMAT PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA

Taklimat Pengurusan Kantin ini dijalankan pada Hari Khamis, 05/08/2010 pada jam 8.00 pagi. Kehadiran seramai 22 orang pengusaha kantin Sekolah-sekolah Agama Daerah Kluang bersama-sama menjayakan program ini. Dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kluang bersama Hospital Daerah Kluang untuk memberikan sedikit taklimat berkaitan kebersihan kantin dan peralatan serta langkah-langkah untuk menjaga kebersihan.
Alhamdulillah, dengan adanya taklimat ini..pengusaha kantin diberi pendedahan tentang kebersihan makanan untuk dijual kepada para pelajar Sekolah Agama.

Terima kasih kepada semua yang telah menganjurkan program ini secara langsung ataupun tidak.. Wassalam


KURSUS ASAS PENGETAHUAN ICT (ASPI)

Kursus ASPI ( Asas Pengetahuan ICT ) diadakan pada 27, 28 & 30 Julai 2010 di Bilik Seminar Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kluang dan di Dewan Sekolah Agama Bandar, Kluang. Seramai 53 orang peserta dalam kalangan Guru Agama Daerah Kluang dan Pembantu Tadbir mewakili 48 buah Sekolah Agama Daerah Kluang.
Kursus ASPI ini diadakan bertujuan untuk membuat laman blog bagi setiap Sekolah Agama di daerah Kluang.
Alhamdulillah, dengan adanya Kursus ASPI ini Guru-guru Agama & Pembantu Tadbir dapat mempelajari serba sedikit keperluan dunia di hujung jari ini. Tahniah untuk para peserta yang menjayakan Kursus ASPI ini!!!