Tuesday, September 7, 2010

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-53

31 Ogos 1957 adalah satu tarikh yang menjadi sejarah bagi semua rakyat Malaysia. Bendera Malaysia dinaikkan dan menjadi lambang kebanggaan bagi semua rakyat yang bernaung di bawah bumbung yang sama, Malaysia. 

Tidak ketinggalan bagi Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kluang, meraikan Hari Kemerdekaan bagi setiap tahun sebagai satu acara yang diwajibkan bagi mengenang pejuang-pejuang kemerdekaan untuk hidup aman damai, sejahtera dan harmoni. 
Seragam biru menjadi pilihan PPAD pada tahun ini. Mengambil warna dari Bendera Malaysia; Jalur Gemilang, menunjukkan lagi semangat anggota PPAD untuk menyambut hari kemerdekaan yang ke-53. Semoga dengan adanya program seperti ini dapat memberi kesedaran untuk lebih mencintai negara kita, Malaysia.